Sejarah Bachok Utara (kawasan negeri)

Kawasan pilihan raya Bachok Utara telah diciptakan pada tahun 1958 untuk persiapan pilihan raya negeri pada tahun berikutnya, 1959. Bachok Utara terletak di dalam kerusi parlimen Bachok. Kawasan pilihan raya ini berjiran dengan kawasan Kota Bharu Pantai di utara, Kota Bharu Timor di barat, Bachok Tengah di timur dan Bachok Selatan. Penamaan kawasan pilihan raya ini sebagai Bachok Utara dipilih kerana kedudukan geografinya di utara kawasan parlimen Bachok.[1]

Kawasan Bachok Utara mula dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada 24 Jun 1959, bersama-sama dengan kawasan Dewan Undangan Negeri lain yang terdapat di Kelantan.[3] Pada peringkat awal, sebanyak tiga calon yang akan bertanding di kawasan ini iaitu, Shafie Ahmad mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Jaafar Mohamad mewakili Parti Perikatan dan Haji Nik Md. Salleh bin Haji Wan Musa mewakili Parti Negara. Sebanyak 9,546 orang pengundi berdaftar di bawah kawasan Bachok Utara untuk tahun itu.[4] Keputusan pemenang telah diumumkan pada 26 Jun 1959 di Berita Harian, yang di mana memaparkan Shafie Ahmad telah menang, memperolehi 78.6 peratus undian, berbanding saingannya Jaafar Mohamad sebanyak 18.2 peratus dan Md. Salleh sebanyak 3.1 peratus.[5]

Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada 1964, Shafie Ahmad dari PAS bertanding sekali lagi di Bachok Utara. Terdapat satu saingannya iaitu Ismail Yahaya dari Perikatan. Terdapat 9,204 pengundi berdaftar di kerusi ini, berkurang 342 orang berbandingan tahun sebelum ini. Setelah keputusan keluar oleh Surohanjaya Pilehanraya, Shafie Ahmad kekal dan masih bertahan di kerusi Bachok Utara, dengan mendapatkan majoriti sebanyak 1,724. Walaupun begitu, Shafie Ahmad telah meninggal dunia pada usia 36, tahun 1968, di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kota Bharu.[6] Susulan kematian Shafie Ahmad, pilihan raya kecil telah diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi di Dewan Negeri. Pilihan raya ini telah diadakan pada 6 April 1968 dan dimenangi oleh Mohamd Nor Ismail dari parti yang sama, PAS.[7]

Pada pilihan raya negeri 1969, terdapat dua calon yang bertanding di kerusi Bachok Utara iaitu, Mohamad Nor Yusoff dan Ismail Haji Jumaat. Masing-masing mewakili parti PAS dan Perikatan. Ini merupakan pilihan raya yang diadakan sebelum, kawasan ini dimansuhkan dan dipinda menjadi nama baharu. Mohamad Nor Yusoff telah memenangi kerusi ini dengan mendapat undian sebanyak 54.1 peratus berbanding saingannya iaitu Ismail Haji Jumaat sebanyak 45.9 peratus.[1][2] Kawasan ini terus berkhidmat sehingga 1973. Tahun 1974, kawasan Bachok Utara tidak wujud lagi dalam kerusi Dewan Negeri kerana telah dipinda menjadi nama Tawang.

Sejarah perwakilan

PenggalTahunAhliParti
Bachok Utara
Kawasan baru dicipta
pertama  1959–1964     Shafie Ahmad PAS
ke-2  1964–1968
 1968–1969 Mohamad Nor Ismail
ke-3  1969–1969 Mohamad Nor Yusoff
Dewan digantung (1969-1971)
ke-3  1971–1974     Mohamad Nor Yusoff PAS
Kawasan dimansuhkan, digantikan dengan Tawang

Rujukan

WikiPedia: Bachok Utara (kawasan negeri) http://singapore-elections.com/malaysia-elections/... http://www.spr.gov.my/index.php/component/content/... https://books.google.com/books?id=RthRAQAAMAAJ&q https://archive.org/details/penyata-pilehanraya-um... https://web.archive.org/web/20160424120924/http://... https://web.archive.org/web/20170325091004/http://... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised...